Al-Taaruf: Mari berkenalan ialah perbualan yang terpilih daripada kompilasi hiwar (perbualan) dalam siri Nahnu Tullab Mustawa Awwal al-Lughah al-Arabiyyah sebanyak empat siri. Perbualan ini dilaksanakan secara berkumpulan di bawah bimbingan Ustazah Ariza Abdullah meliputi tajuk tahap satu bahasa Arab komunikasi iaitu perkenalan diri, aluan, suasana di dalam kelas keluarga dan di luar kelas. Mari kita mula bercakap bahasa Arab menggunakan bahasa harian yang ringkas dan mudah.